Friday, September 24, 2010

Panduan Hidup Sihat...

Banyak panduan diberikan untuk tampil sihat & cergas hinggakan ada pihak yang sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata untuk kelihatan cantik, sihat & cergas. Bagaimanapun ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan diri nampak lebih berusia seperti pengambilan minuman keras, merokok, makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan & mempunyai sikap negatif. Manakala individu yang sering bersikap positif & mempunyai psikologi sihat dapat melambatkan proses penuaan. Sebenarnya kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet & makanan tambahan sesuai kerana pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan dan mampu mengelak obesiti dengan memperbanyakkan pengambilan makanan rendah lemak & lebihkan sayur-sayuran.
Selain itu, dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E, vitamin C, juga dapat melambatkan proses penuaan kerana dapat melindungi kemusnahan sel & membantu kesihatan sel-sel badan jika diambil secara betul. Malah senaman secara berterusan juga boleh meningkatkan ketahanan fizikal & mental kerana bukan saja dapat mengurangkan berat badan, tekanan, malahan tekanan darah rendah mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti badan.
Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang serta melakukan sedikit latihan. Kepada wanita yang sentiasa mahu berbadan kurus & langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung kerana anda akan kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding bahagian tubuh lain kerana kurus tidak semestinya lebih cantik, sebaliknya kesihatan diri itu yang lebih penting. Paling utama anda perlu banyakkan minum air bersih kerana di samping mampu menajamkan pemikiran, ia dapat mengelakkan penyakit & kulit menjadi lebih cantik._TAMAT
                                                                                                               ( klik disini.. )



No comments:

Post a Comment