Wednesday, September 29, 2010

Petua Tradisional

MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnyake dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itubolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda
akan beransur turun.

ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher,punggung dan dada di lumur.

UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi masalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke
dalam kelapa.

MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sesukar mana menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tengah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.tak gosok gigi la tu..hehehe

IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalat termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.Kalau badan anda dihinggapi lalat,cuba try petua ni..heheh

TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.
Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuala menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan Insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.Dah guna garam tu,buang je trus..Jangan buat masak plak.

MENYEMBUHKAN DEMAM
Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.Tak pun makan panadol..

KURANGKAN SAKIT GIGI
Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK
Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya-Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.

KAIN BATIK TIDAK LUNTUR
Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun betik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.

TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT
Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil yang memuaskan.

RAMPING SEMULA JADI
Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.

WANGIKAN RAMBUT
Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.

HILANGKAN SAKIT GIGI
Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi, cub aminum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

GUSI BERDARAH
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helaidaun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garamsecukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.

PELEMBAB MUKA SEMULA JADI
Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakanpelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkandaun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher danbiarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akansentiasa lembab dan tegang.

URUTAN WAJAH CARA BETUL
Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuaiuntuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya dibawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat,jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah.Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

SERI DAUN INAI
Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya.Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.

 KHASIAT KUNYIT MUDA
Mungkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Untuk
mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu andamakan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan.

KEGUNAAN PUCUK JAMBU BATU
Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-samadengan bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.

CARA WANGIKAN ALMARI PAKAIAN
Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu.Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murahdan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.
Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.

ELAK BISA PAKU BERKARAT
Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana besar.Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.

MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga betik itu hingga masak dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Daun kucai. Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu, kisar tanpa menggunakan air.Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman. Kemudian boleh diminum pada sebelah pagi dan sebelum makan. Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi seperti bunga dan pucuk betik tadi. Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan.

UBAT KENCING LAWAS
Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius.

MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK
Bagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda boleh menghilangkan rasa pahit daun betik itu
dengan mencampurkan daun senduduk ketika merebusnya.

UDANG SENTIASA SEGAR
Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak
menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.

MENCUCI TAPAK SETERIKA BERKARAT
Mencuci tapak seterika yang kotor ada caranya. Petuanya adalah dengan menabur sedikit garam halus keatas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor tadi. Lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan hilang.

KEBAIKAN KEPALA DAN TAHI IKAN BILIS
Campurkan kepala dan tahi ikan bilis ke dalam makanan ayam. Ia berzat dan berkhasiat untuk binatang.
Jika direndam selama beberapa hari dan disiram pada pokok bunga, ia menyegarkan pokok.

SEGARKAN URAT SARAF DENGAN DAUN SERAI
Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran urat-saraf anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati badan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.

UBAT SAKIT BENGKAK TEKAK
Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama makanan yang keras, untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.

DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA
Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutandalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala.Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.

ANTAN TIDAK PECAH MINYAK
Kebanyakan suri rumah terpaksa menunggu untuk mengacau santan apabila memasak kuah lemak atau kari. Bagi memudahkan kerja, letakkan senduk di dalam periuk dan gunakan api yang kecil. Santan tidak akan pecah minyak.

ATASI SINKI TERSUMBAT
Cuba masukkan beberapa banyak garam kasar di dalam saluran sinki tersumbat. Selepas itu tuangkan air
panas baru mendidih di dalam lubang sinki. Ulang beberapa kali hingga perjalanan air lancar semula.

IKAN TIDAK BUSUK
Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun ada kalanya bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.

SAYUR DICELUR TETAP SEGAR
Campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk berisi air rebusan. Setelah sayur-sayuran dicelur, toskan
airnya. Hasilnya sayur-sayuran ini akan nampak segar dan berkilat.

TEMBIKAI TAHAN LAMA
Tembikai mudah layu dan busuk jika disimpan lama. Bagi mengelakkannya, sapukan kapur makan di
pangkal tembikai. Insya-Allah, tembikai tidak mudah busuk dan tahan lama.

MENGHILANGKAN BAU TANDAS
Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas.Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.

BELIMBING BULUH UBAT DARAH TINGGI
Belimbing buluh bukan saja kaya vitamin C malah ia boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan walaupun rasanya sedikit masam. Selain itu, ia juga boleh dijadikan perencah masakan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili api ikan sembilang, juga berkhasiat kesihatan.Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda dua biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Ketika ini anda juga dinasihat mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

GARAM HILANGKAN SAKIT TEKAK
Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas. Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.

HALIA ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT
Halia bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk dijadikan ubat kembung perut.Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.

KULIT BUNGA TANJUNG HILANGKAN JERAWAT
Ada banyak kaedah tradisional yang digunakan untuk menghilangkan jerawat. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kulit pokok bunga tanjung. Cara membuatnya mudah saja. Ambil lapisan dalam batang pokok itu, giling halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum disapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian. Anda akan lihat perubahan pada wajah anda.

MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH
Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan dibakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara, apabila hendak digunakan,sedikit garam dan gosok-gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Sekiranya anda bermasalah badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba pula cara ini. Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Insya-Allah masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.

MELEBAT BULU KENING
Biasanya, kening yang cantik bukan saja elok terbentuk tetapi juga hitam lebat. Untuk melebatkan bulu kening ambil isi kelapa tua sebesar dua jari. Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi hitam.Selepas itu, angkat dan biarkan ia sejuk dan bolehlah disapu pada bulu kening. Jika rajin mengamalkannya,kening akan menjadi lebat dan hitam menawan. Selamat mencuba.

DAUN PERIA UBAT KURAP
Jika ada yang menderita penyakit kurap, ini ada petua mudah untuk mengubatinya. Ambil beberapa helai daun peria dan bersihkannya. Kemudian ramas-ramaskannya dan gosokkannya pada badan atua kulit yang dijangkiti kurap. Lakukannya berulang-ulang kali, pasti hasilnya sangat memuaskan.

Friday, September 24, 2010

Pakar Produk Digital

Salam,                                                                     Kalau anda bingung, usah bersedih lagi.

Kali ini saya akan bongkarkan rahsia sebenar kekayaan
internet marketer (tak kiralah dalam atau luar negeri).

Rasa geram ada. Rasa 'jeles' pun ada.

Mana tidaknya... kalau anda lihat rakan-rakan yang sama
berinteraksi di forum atau Facebook menyatakan mereka
memperolehi 5 atau 6 angka hanya dengan melakukan
bisnes di internet.

Bila cuba promosi produk mereka, tak pula dapat hasil
yang begitu lumayan. Itulah sebabnya anda hampir-hampir
berputus asa.

Sekarang, bagaimana jika saya beritahu kepada anda
bahawa jika anda kuasa ilmu ini, anda sebenarnya telah
bongkar rahsia kekayaan mereka?

Anda nak tahu?

Inilah rahsianya...

Kesemua "internet marketer" yang mendapat pulangan
5 hingga 6 angka ini sebenarnya CIPTA produk mereka
sendiri dan jual ke pasaran.

Nah, itulah rahsianya.

Bila anda ada produk sendiri, maka mudahlah anda jual
kepada orang lain dan memberi komisyen kepada orang
lain untuk menjual produk anda.

Itulah yang dilakukan oleh internet marketer ini. Mereka
menghasilkan produk dari masa ke semasa.

Tapi, tahukah anda untuk menghasilkan produk?

Tak tahulah anda tapi kalau suruh saya hasilkan produk
fizikal seperti mesin pengiraan wang atau cawan cenderamata
untuk dijual di internet, pasti saya menyerah kalah sebab
saya tak tahu menghasilkannya sendiri.

Walaubagaimanapun, nasib anda baik.

Anda tak perlu cipta produk fizikal yang mengambil masa
yang panjang ini.

Anda boleh cipta sendiri produk berbentuk DIGITAL yang...

1. lebih mudah dihasilkan
2. lebih pantas disiapkan
3. lebih lumayan pastinya

Semuanya ini didedahkan oleh rakan saya, Zamri Nanyan,
di dalam program terbaru beliau "Pakar Produk Digital".


Terkejut saya bila melihat laman web tersebut dan mendapati
terlalu banyak informasi yang diberikan sehingga saya rasa
AMAT pasti yang jika anda amalkan walaupun sebahagian
daripada apa yang dikongsikan, anda juga akan mempunyai
produk digital anda sendiri nanti.

Inilah pendedahan eksklusif daripada pakar penciptaan produk
sebenar yang menghasilkan jualan sehingga 6 angka dalam
satu-satu pelancaran produk digital.

Apa lagi yang anda dapat?

Saya rasa anda juga akan teruja dengan penampilan jutawan
Internet dari Penang mendedahkan rahsia kekayaan beliau
menjual produk digital sehingga berjaya membeli sebuah
Porsche dan Villa jutaan ringgit.

Lihatlah sendiri buktinya di...


ikhlas,

ZairiYahya

ps. inilah salah satu program yang saya rasakan TERBAIK
pada tahun ini. Sesiapa pun MESTI memilikinya jika ingin
benar-benar menjana pendapatan yang amat lumayan di
Internet. Dapatkan Pakar Produk Digital sekarang.

Panduan Hidup Sihat...

Banyak panduan diberikan untuk tampil sihat & cergas hinggakan ada pihak yang sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata untuk kelihatan cantik, sihat & cergas. Bagaimanapun ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan diri nampak lebih berusia seperti pengambilan minuman keras, merokok, makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan & mempunyai sikap negatif. Manakala individu yang sering bersikap positif & mempunyai psikologi sihat dapat melambatkan proses penuaan. Sebenarnya kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet & makanan tambahan sesuai kerana pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan dan mampu mengelak obesiti dengan memperbanyakkan pengambilan makanan rendah lemak & lebihkan sayur-sayuran.
Selain itu, dengan pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E, vitamin C, juga dapat melambatkan proses penuaan kerana dapat melindungi kemusnahan sel & membantu kesihatan sel-sel badan jika diambil secara betul. Malah senaman secara berterusan juga boleh meningkatkan ketahanan fizikal & mental kerana bukan saja dapat mengurangkan berat badan, tekanan, malahan tekanan darah rendah mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti badan.
Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang serta melakukan sedikit latihan. Kepada wanita yang sentiasa mahu berbadan kurus & langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung kerana anda akan kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding bahagian tubuh lain kerana kurus tidak semestinya lebih cantik, sebaliknya kesihatan diri itu yang lebih penting. Paling utama anda perlu banyakkan minum air bersih kerana di samping mampu menajamkan pemikiran, ia dapat mengelakkan penyakit & kulit menjadi lebih cantik._TAMAT
                                                                                                               ( klik disini.. )